.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, July 1, 2017

With A Piece Of Chalk


Saya tertarik dengan video ini kerana ianya mengingatkan kepada saya bahawa walau apa pun kedaan kita, sesekali jangan alpa untuk teruskan 'sharpen the saw' segala ilmu dan kemahiran saya. Video ini benar-benar menyedarkan saya tentang cerita saya sebelum ini. Moga kita semua mendapat kekuatan untuk amal ini semua ... 

Its Up To You


Saya terkenang siang tadi semasa discuss dengan anak saudara saya, Azam mengenai kaedah perancangan masadepannya. Semasa perbincangan itu tadi, saya terfikirkan tentang sesuatu yang saya ucapkan kepada Azam bahawa segalanya yang kita pilih adalah keputusan kita walaupun dalam keadaan kita mengatakan kita menuruti orang lain kerana pada saat itu, keputusan kita adalah menuruti orang lain. We have a good laugh tentang kenyataan ini. 

Sempena untuk mengingati cerita di atas, saya ingin kongsikan satu video disini yang simply bertajuk 'Its Up To You' :) 


Integriti Terhebat


Integriti terhebat seorang pengembala kambing. Semuanya bermula kerana beliau sedar Tuhan nampak setiap tindak tanduk beliau dan sesungguhnya beliau sangat takut dengan kemurkaan Tuhannya.

Kita bagaimana?


Issy Simpson Magic


Pertama kali saya menonton video ini, saya bukan sahaja tertarik dengan magic yang dipersembahkan oleh Issy Simpson ini tetapi saya juga amat teruja melihat keberanian dan kepetahan gadis kecil ini. Persoalan yang timbul dalam diri saya ialah apakah bentuk pendidikan yang diterima oleh Issy sehingga beliau mampu laksanakan ini semua? Apapun mari sama-sama kita tontoni persembahan magic 'little witch' ini ...


Peaks and Valleys


Baru-baru ini semasa saya menyemak semula video-video yang pernah saya bangunkan sebelum ini, saya terserempak dengan video pendek ini. Saya senyum sendirian kerana mengingat kembali kandungan video ini yang telah disunting berdasarkan satu buku yang pernah saya baca satu ketika dahulu iaitu 'Peaks and Valleys'. Mesti saya katakan kandungannya sangat berguna untuk diri saya sendiri. Apa kata tuan puan renungi kandungan video ini dan mana tahu ianya juga penting untuk kehidupan tuan puan juga ... 


Pesan Kehidupan Di Dunia


Pertama kali saya menonton video ini, saya benar-benar teruja dengan pesanan dari 'little girl' ini yang sangat bersahaja dan penuh dengan 'love'. Saya boleh merasakan keikhlasan 'little girl' ini. Ini semua buat saya terkenangkan bahawa sekiranya para pendakwah dapat menggunakan approach ini, lagi mudah orang menerima apa yang mahu disampaikan ...


No Ordinary Disruption


Ketika ini saya sedang membaca sebuah buku bertajuk 'No Ordinary Disruption ' tulisan beberapa direktor dari McKinsey and Company. Sangat menarik kandungan buku bila membicarakan tentang beberapa perkara yang bakal menggugat (disrupt) trend masa depan terutamanya dari segi ekonomi. Sangat penting maklumat ini diketahui sekiranya kita ingin menyediakan business model perniagaan kita. Kandungan video di bawah ini membicarakan sinopsis kandungan buku ini ...


Passing


Setiap manusia itu mempunyai kenangannya tersendiri. Sangat mengelirukan sekiranya membuat andaian terhadap cerita seseorang itu sekiranya kita tidak mengetahui cerita sebenarnya. Sebagai peringatan bersama di atas isu ini, mari sama-sama kita renungi maksud dalam video di bawah ini. Moga kita mendapat faedah darinya ...


Value of Time


Selalu kita mengatakan masa itu lebih penting dari emas tetapi adakah tindak tanduk kita melambangkan kenyataan ini? Sebagai peringatan bersama agar sentiasa wujud keprihatinan ini, mari sama-sama kita renungi kata-kata dalam video ini ...


For You To Ponder


Sudah lama saya tidak menonton video ini. Video ini merupakan salah satu fav saya ketika mula-mula berjinak dengan dunia pembangunan manusia. Mari sama-sama kita renung dan amalkan kandungan video ini ...