.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, August 14, 2017

Fenomena No 1 dalam Kehidupan



"Zul, nanti aku akan potong engkau (untuk dapat no. 1)"

"Tak apalah, engkau pergilah. Aku tak berlumba dengan sesiapa..."

Kita telah lama membesar dalam sistem no. 1 dan no. akhir. Jadi masing-masing nak menang jadi no. 1. Masing-masing tak nak kalah.

Dalam kelas paling pandai, tetap akan ada pelajar no. 1 dan no. akhir. Mana2 pelajar pun akan rasa malu kalau dapat no. akhir walaupun dia sebenarnya dah cukup pandai berbanding pelajar kelas lain.

Dengan adanya sistem no. 1 dan no. akhir, tak ada pelajar yang sudi ajar kawan-kawannya sama2 cemerlang dalam pelajaran. Mesti mereka akan fikir, kalau kawan dia lebih pandai, maka peluang dia dapat no. 1 semakin tipis!

Masa sekolah menengah dulu, saya pernah dapat no. akhir di sekolah yang "paling pandai". Saya rasa malu dan rendah diri di sekolah walaupun keputusan SPM saya agak cemerlang bila compare dengan pelajar sekolah lain.

Masa di universiti, keputusan SPM yang pernah saya dapat itu dipandang hebat oleh kawan-kawan walaupun saya masih anggap sayalah pelajar paling bodoh semasa di sekolah dulu. Saya fikir, mungkin ada yang tak kena pada sistem no. 1 tu.

Dalam kehidupan, realitinya tak begitu. Tak ada sistem no. 1 dan no. akhir. Mereka yang hanya fikir nak berjaya seorang diri dan menjadi no. 1 tak akan berjaya dalam hidup. Mereka paling berjaya dalam hidup ialah siapa yang dapat menjayakan lebih ramai orang dan memberi lebih banyak manfaat dalam hidup orang lain.

Setiap orang boleh jadi nombor 1 untuk kehidupannya sendiri sebab kita semua tak berlumba dengan sesiapa. Kita membina kehidupan kita sendiri.

No comments:

Post a Comment